Followers

Saturday, April 17, 2010

PUNCA-PUNCA KEGEMUKAN

1) MEMAKAN BERLEBIHAN

* Makan makanan yang berlebihan daripada kuantiti yang sepatutnya boleh
mengundang kepada masalah kegemukan.Tentunya kamu tahu bahawa diet
yang tidak seimbang boleh mengundang kepada masalah kegemukan.
Jadi cara terbaik adalah dengan merujuk pakar atau membuat penelitian mengenai
cara diet yang terancang.

2) MEMAKAN JENIS MAKANAN YANG KURANG SESUAI

* Seperti makanan yang tinggi dalam karbohidrat. Ini juga merupakan punca
kepada masalah kegemukan yang berlaku.Justeru,pilihlah makanan yang kurang
kendungan lemak dan karbohidrat.

3) KEKURANGAN AKTIVITI DAN SENAMAN

* Kurang bersenam dan beriadah akan menyebabkan lemak-lemak mudah terkumpul.
Dan sekaligus akan menyumbang kepada berat badan.Jika berkelangan,
lakukan senaman sebanyak 30 minit setiap sesi.Dalam seminggu hanya tiga kali.

4) FAKTOR-GENETIK

* Jika kamu mempunyai sejarah memiliki anggota keluarga yang gemuk atau obesiti,
kamu secara tidak langsung juga bakal terdedah kepada permasalahan yang sama.

5) GAYA HIDUP

* Amalan gaya hidup yang tidak sihat juga akan menyebabkan kamu mudah gemuk.
Seperti yang telah diberitahu,amalkan diet yang seimbang serentak dengan senaman
yang betul dan terancang.

1 comment: